Berikut ini hadis-hadis yang menyebutkan bahwa Rasulullah saw telah menyebutkan para Imam/Khalifah dari Ahlulbait beserta nama-namanya yang harus diikuti. Hadis ini dimuat dalam kitab Ahlussunah sebagai berikut:
Dari Said bin Jubair dari Ibn Abbas berkata Rasulullah Saw bersabda : “Sesungguhnya khalifah-khalifahku dan wasi-wasiku, hujah-hujah Allah di atas makhlukNya selepasku ialah 12 orang; yang pertama Ali dan yang akhirnya cicitku al-Mahdi; maka itulah Isa putra Maryam shalat di belakang al-Mahdi (Yanabi al-Mawaddah, hlm. 447)
Hadits yang dikeluarkan oleh Abu al-Mu’ayyid Ibn Ahmad al-Khawarizmi dengan sanadnya dari Abu Sulaiman yang berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAWW dan Ahli Baitnya berkata : Di malam aku dinaikkan ke langit (Mi’raj) Allah SWT berkata kepadaku...lihatlah di kanan Arasy, lalu aku berpaling kearahnya, maka aku dapati Ali, Fatimah, Hasan, Husayn, Ali b. Husayn, Muhammad b. Ali, Ja’far b. Muhammad, Musa b. Ja’far, Ali b. Musa, Muhammad b. Ali, Ali b. Muhammad, Hasan b. Ali, dan Muhammad al-Mahdi b. Hasan; ia seperti cakerawala yang berputar di kalangan mereka. Dan dia berfirman: “Wahai Muhammad, mereka itulah hujah-hujahKu ke atas hamba-hambaKu, merekalah wasi-wasiKu (khalifah-khalifahku)”. (Yanabi al-Mawaddah, hlm. 487).
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya (al-Musnad, I, hlm 398) meriwayatkan hadith ini daripada Sya'bi daripada Masruq berkata : "Kami berada di sisi 'Abdullah bin Mas'ud yang sedang memperdengarkan bacaan al-Qur'an kepada kami. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepadanya:
Wahai Abu 'Abdu r-Rahman! Adakah anda telah bertanya Rasulullah SAWW berapakah ummat ini memiliki khalifah?" Abdullah bin Mas'ud menjawab:"Tiada seorangpun bertanya kepadaku mengenainya semenjak aku datang ke Iraq sebelum anda."
Kemudian dia berkata:"Ya! Sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenainya. Maka beliau menjawab :"Dua belas (khalifah) seperti bilangan naqib Bani Israil".
Di dalam riwayat yang lain Ahmad bin Hanbal meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah, sesungguhnya dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saww bersabda ketika Haji Wada' ; orang-orang yang menyalahinya sehingga berlalunya dua belas Amir, semuanya dari Quraisy. (al-Musnad, I, hlm 406, dan V, hlm 89)
Muslim di dalam Sahihnya (Sahih, II, hlm 79) meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah sesungguhnya dia berkata: "Aku bersama bapakku berjumpa Nabi SAW, Maka aku mendengar Nabi SAW bersabda: "Urusan 'ini' tidak akan selesai sehingga berlaku pada mereka dua belas khalifah." Dia berkata: Kemudian beliau berbicara dengan perlahan kepadaku. Akupun bertanya kepada ayahku apakah yang diucapkan oleh beliau? Dia menjawab :"Semuanya daripada Quraisy".
Muslim juga meriwayatkan di dalam Sahihnya daripada Nabi Saw beliau bersabda : “Agama sentiasa teguh sehingga hari kiamat dan dua belas khalifah memimpin mereka, semuanya daripada Quraisy. Di dalam riwayat yang lain "Urusan manusia berlalu dengan perlantikan dua belas lelaki dari Quraisy, " "Sentiasa Islam itu kuat sehingga kepada dua belas khalifah daripada Quraisy" dan "Sentiasa ugama ini kuat dan kukuh sehingga dua belas khalifah daripada Quraisy".
Bukhari di dalam Sahihnya (Sahih, IV, hlm 120 (Kitab al-Ahkam) meriwayatkannya daripada Jabir bin Samurah bahwa Nabi Muhammad saw bersabda : "Selepasku adalah dua belas amir." Maka beliau berucap dengan perkataan yang aku tidak mendengarnya. Ayahku memberitahuku bahawa beliau bersabda :"Semuanya daripada Quraisy".
Al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal ( Kanz al-Ummal, VI, hlm 160), meriwayatkan bahawa Nabi saww bersabda: "Selepasku akan (diikuti) oleh dua belas khalifah".
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah (Yanabi' al-Mawaddah, hlm 444 (bab 7) mencatat riwayat daripada Jabir bin Samurah sesungguhnya dia berkata: Aku bersama ayahku disisi Nabi SAWW beliau bersabda : "Selepasku dua belas khalifah". Kemudian beliau merendahkan suaranya. Maka akupun bertanya bapaku mengenainya. Dia menjawab: Beliau bersabda: "Semuanya daripada Bani Hasyim".
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah bab 95 (Yanabi' al-Mawaddah, hlm 494) meriwayatkan bahwa Jabir bin 'Abdullah berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Wahai Jabir! Sesungguhnya para wasiku dan para imam selepasku pertamanya Ali kemudian Hasan kemudian Husein kemudian Ali bin Husain kemudian Muhammad bin Ali al-Baqir. Anda akan menemuinya wahai Jabir sekiranya anda mendapatinya, maka sampailah salamku kepadanya. Kemudian Ja'far bin Muhammad, kemudian Musa bin Ja'far, kemudian Ali bin Musa, kemudian Muhammad bin Ali, kemudian Ali bin Muhammad, kemudian Hasan bin Ali. Kemudian al-Qa'im namanya sama dengan namaku dan kunyahnya sama dengan kunyahku, anak Hasan bin Ali. Dengan beliaulah Allah akan 'membuka' seluruh pelosok bumi di Timur dan di Barat, dialah yang ghaib dari penglihatan. Tidak akan percaya kepada imamahnya melainkan orang yang telah diuji hatinya oleh Allah SWT."
Jabir berkata: “Wahai Rasulullah..apakah orang-orang bisa mengambil manfaat darinya ketika ghaibnya? Beliau menjawab : "Ya! Demi yang mengutuskan aku dengan kenabian sesungguhnya mereka mengambil cahaya daripada wilayahnya ketika ghaibnya, seperti orang mengambil faedah dari matahari sekalipun ianya ditutupi awan."
Di dalam Yanabi' al-Mawaddah (Yanabi' al-Mawaddah, hlm 441 - 444) bab 76 daripada Jabir al-Ansari berkata: Jundal bin Janadah berjumpa Rasulullah saw dan bertanya kepada beliau beberapa masalah. Kemudian dia berkata :
"Beritahukan kepadaku wahai Rasulullah tentang wasi-wasi anda selepas anda supaya aku berpegang kepada mereka. Beliau menjawab: Wasi-wasiku dua belas orang. Lalu Jundal berkata: Begitulah kami dapati di dalam Taurat. Kemudian dia berkata: Namakan mereka kepadaku wahai Rasulullah. Maka beliau menjawab: "Pertamanya penghulu dan bapak kepada wasi-wasi adalah Ali. Kemudian dua anak lelakinya Hasan dan Husain. Maka itu berpeganglah kepada mereka dan janganlah kejahilan orang-orang yang jahil itu memperdayakan anda. Kemudian Ali bin Husain Zainal Abidin Allah akan mematikan anda (Ali bin Husain) dan menjadikan air susu sebagai bekal terakhir di dunia ini."
Jundal berkata : "Kami telah mendapatinya di dalam Taurat dan di dalam buku-buku para Nabi AS seperti Iliya, Syibra dan Syabir. Maka ini adalah nama: Ali, Hasan dan Husain, maka imam setelahnya dipanggil Zainal Abidin setelahnya anak lelakinya Muhammad, dipanggil al-Baqir. Setelahnya anak lelakinya Ja'far dipanggil al-Sadiq. Setelahnya anak lelakinya Musa dipanggil al-Kazim. Setelahnya anak lelakinya 'Ali dipanggil al-Ridha. Setelahnya anak lelakinya 'Ali dipanggil al-Naqiyy al-Hadi. Setelahnya anak lelakinya Hasan dipanggil al-Askari. Setelahnya anak lelakinya Muhammad dipanggil al-Mahdi al-Qa'im dan al-Hujjah. Beliau ghaib dan akan keluar memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana itu dipenuhi dengan kefasadan dan kezaliman.
"Alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang bersabar semasa ghaibnya. Dan alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang bertaqwa terhadap Hujjah mereka. Dan mereka itulah orang yang disifatkan oleh Allah di dalam firmanNya (Surah al-Baqarah ayat 2-3: Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib). Kemudian beliau membaca (Surah al-Mai'dah(5):56) "Sesungguhnya parti Allah-lah yang pasti menang.” Rasulullah saw bersabda: “Mereka itu adalah daripada partai Allah (hizbullah).” ***